Ayam Siam atau Ayam Bangkok/Trad ialah ayam yang berasal dari negara Thailand..Ayam ini terkenal dengan gelaran ayam yang bijak dan tangkas mencari peluang mengalahkan lawan semasa dalam perlawanan..Ayam ini mempunyai kepandaian dari segi permainan kilas, pancing,lock, pukul urat,pukul patah dan pelbagai lagi..Ciri ciri ayam terbaik jenis ini mesti di nilai dari luaran ayam itu,permainanya yang pelbagai jalan mempunyai pukulan yang padu dan bijak mencari kelemahan lawannye ..
Ayam Saigon atau Ganoi ialah ayam yang berasal dari Negara Vietnam..SAIGON adalah nama sebuah bandar di vietnam semasa pemerintahan Polpot.Ayam ini adalah jenis baka yang paling besar dari jenis ayam batang kaki yang lain..Ayam ini terkenal dengan pukulannya yang paling deras dan ketahanannya yang paling baik..Ayam jenis ini kebiasanya mampu bertahan lama dalam perlawanan..Ciri ciri yang terbaik ayam jenis ini adalah rangka yang besar dan kulit yang tebal dan juga mempunyai pukulan yang deras pukulan(tko) yang dapat menghentikan pegerakan lawan, dapat bertahan pkulan dari lawan dan ayam yang cepat mengalahkan lawannya..
Ayam Pama ialah ayam yang berasal dari negara Burma atau sekarang dikenali negara Myanmar..Ayam jenis ini bersaiz paling kecil dari jenis ayam batang kaki yang lain..ayam ini terkenal dengan sepakannya yang laju dan kerap(kaki rajin)sepak muka,sepak paruh,pukul sendi dan pukulan yang tepat..Pukulan Kakinya yang berbisa menyebabkan ayam ini dapat memenangi perlawanan dengan cepat..kebanyakan ayam jenis ini berlawan dengan cara berdepan sepak undur dan lau,pandai menjaga kepala dan tidak suka berlawan secara rapat..Ayam ini yang terbaik mempunyai ciri luaran yang cukup,pergerakan semasa berlawan yang bijak,pukulan yang berisi(berbisa) dan cepat melemahkan lawan..
Ayam Asil atau Aseel ialah ayam yang berasal dari kebanyakan negara seperti di negara India,pakistan,Iran,bangladesh,dan pelbagai negara yang berhampiran dengannya..ayam jenis ini mempunyai struktur tulang yang kasar ,badan yang tegap mempunyai ketahanan yang baik dan pkulan yang sangat deras..cara ayam ini berlawan adalah secara berdepan ketip kepala pukul dan sepak depan..ciri ciri ayam terbaik adalah ayam yang dapat bertahan dengan pukulan dari lawan dan mempunyai pkulan(ping) yang dapat mengalahkan lawan..
petikan dari bakabenihayam.blog
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.